Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, February 5, 2010

..::Asyura di Masterskill::..


ni la dapur asyura...huhuu...simple tapi best!

inilah barisan yang suka sangat mengacau asyura...

inilah proses pengisian asyura untuk diedarkan...

budak2 ni kalo time nak ambik asyura...laju ja mereka nih..hehehe..


masa ni..Asyura dah siap...dah sedia untuk diangkat dan diagihkan...

ni proses nak racik2 ayam....makan masa yang lama nih...semua bertungkus lumus...hehehe...bagus diorang semua nih...

nih asyura yang masih belum siap...kene terus menerus kacau nih...

haa..nih asyura yang dah siap dan sedia untuk dimakan!


muslimah pun tak ketinggalan untuk sama2 mengacau asyura...
banyak kenangan dalam program asyura nih...apa-apa pun..tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program nih...TAHNIAH kepada semua!!

Saturday, January 30, 2010

..::sahabatku..::


ketahuilah semua sahabatku...aku amat kasih pada kalian semua...
semoga ukhwah kita sentiasa mekar seperti bunga2 di taman syurga...
insyaAllah...

Thursday, January 28, 2010

..::rehlah di sungai gabai::..

Mahasiswa Islam Masterskill(MIM) mengadakan rehlah ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahim anatara ahlinya...disamping menambahkan ilmu...seronoknya, masing2 dapat bersatu dan bergembira di samping tidak lupada pada Tuhan..tak jauh dariNya...meletakkan Dia yang Utama di Hati...alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar...

rehlah ini bukan semata-mata untuk bergembira, tapi banyk ilmu yang diperoleh..banyak...alhamdulillah...semoga menjadi manfaat pd kita semua...


tahniah dan syabas kepada semua ajk dan ahli yang terlibat...moga2 banyak manfaay yang kita perolehi..moga2, program spt ini akan berterusan pada masa akan datang..insyaAllah..

Sunday, January 17, 2010

..::Pantun pilihan..::

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

..::Masih adakah REDHA ALLAH dalam percintaan kita??..::

“ akhi, jangan lupa pagi esok bangun qiamullail ya” , “ukhti, kalau boleh berilah nasihat-nasihat atau motivasi pada ana” , “ana uhibbuka fillah” , “ana uhibbuki fillah” , “ salam,akhi tak masuk kelas ke hari nih?” , “mudah-mudahan ukhwah kita dipelihara Allah” …bla..bla…..

Biasa dengar tak ayat-ayat ‘Islamic’ diatas? Kalau tak biasa dengar, cuba baca berulang kali sambil pejam mata dan ingat baik-baik dimana, siapa dan kepada siapa ayat-ayat ini diucapkan.

Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu apakah tajuk artikel ini nak diposting ataupun tidak. Tetapi, melihat kepada kondisi yang sedang berlaku khasnya kepada mereka yang berstatus ‘ahli dakwah’ atau ‘orang persatuan’ , maka saya beranikan diri menulisnya. Dengan bahasa yang santai dan bersahaja, mudah-mudahan artikel ini bisa mengetuk kepala dan hati kita bersama yang ‘degil’ dan tak faham-faham.

Cinta : Antara Fitrah & Nafsu.

Orang yang menolak cinta adalah orang yang sedang sakit. Cinta adalah perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua manusia. Jika haiwan yang tidak berakal itu pun dikurniakan perasaan cinta, maka mana mungkin manusia yang diberi akal, agama, roh dan nafsu ini tidak diberikan nikmat cinta. Isunya sekarang, bagaimana cinta itu dilaksanakan agar bertepatan dengan kehendak Allah ? Kita bukan haiwan yang nak membuang najisnya sesuka hati tanpa mengira tempat.

Maka, begitulah cinta tidak boleh sesuka hati dicampak atau diguna semahu mungkin tanpa aturan yang betul.

Sejarah telah menunjukkan betapa agungnya cinta antara Nabi dan para sahabat, antara Ansar dan Muhajirin, antara nabi dan ahli keluarganya dan sebagainya. Semuanya atas keperluan dan ikatan ‘aqidah Islamiyyah.

Inilah orang yang bercinta…

Seorang lelaki sudah tentu mencari perempuan dan perempuan sudah tentu mencari lelaki. Jika selain itu yang dicarinya, sohih orang itu sedang tenat dalam dunia yang terbalik. Namun, dalam pencarian ini, Allah menetapkan kaedah, cara atau sistem yang sangat baik walaupun mungkin ianya bertentangan dengan nafsu yang sering memberontak dan membangkang.

Apabila perasaan perlu kepada ‘si dia’ itu hadir, maka kita akan melihat seorang yang layu bertukar menjadi gagah, yang penakut menjadi pemberani, yang bakhil akan menjadi pemurah, yang bodoh nampak semakin pintar, yang gagap berbicara menjadi lincah dan fasih menyusun kata, yang buruk menulis menjadi hebat menulis..itulah situasi orang yang sedang dilanda badai ‘saling memerlukan’…akhirnya, muncullah dorongan perasaan untuk tampil hebat dihadapan sahabat dan teman..

Saat sudah kemaruk itu, yang buruk nampak baik..yang busuk tercium wangi..yang nista terdengar mulia. Jika ada yang berani menyebut ‘si dia’ itu begitu dan begini, maka kita sanggup menjadi pemidato hebat mempertahankan ‘orang itu’. “anta mana tahu, ana dah lama kenal dia tau! “..

Yang terjadinya begini kan

Setiap hari jika ke kuliah, tidak bertemu atau bertembung ditengah jalan, rasa sakit habis satu badan. Jiwa tak tenteram, kepala senak, rasa tak sedap duduk…yang pasti mesti perlu jumpa juga ditengah-tengah jalan sekalipun..dapat tengok wajah pun kira baiklah..muncullah ungkapan “inilah cinta abadi antara kita berdua”..ye lah tu…Cinta abadi? Padahal sebabmu hanya kerana kecantikan yang fana’, kekayaan sementara atau perangai sandiwara.. Biasanya jika tidak bertemu, rasanya ada sesuatu yang hilang dan harus segera dicari. Ada rasa risau yang berlebihan dan keinginan yang kuat untuk bersua jumpa atau paling kurang tahu keadaannya..”sihat ke hari nih?”..emmm

Kalau tidak berhubung mungkin akan putus silaturrahim, putus ukhwah..tu lah ayat-ayat yang biasa dijadikan alasan..

baca yang penuh disini

Thursday, January 7, 2010

..::Merdeka sekejap...::..

Alahamdulillah...
akhirnya habis juga exam..
lega rasanya...syukur...
merdeka sekejap...
yeyeye...
moga2 semua yang telah dijawab adalah betul...
minggu depan da start sem yang baru...
bermulalah...buzy lagi..
huhu..
tapi ske..seronok...rindu dah nih kat kelas..
kat notes...nak menulis...nak assignment..
huhu...moga2 sem baru ini best..

Sunday, January 3, 2010

..::Selamat Tahun Baru 2010 dan Happy Exam!!::..

selamat tahun baru kepada semua sahabat2 blog...
semoga tahun ini kan terus menjadi platform untuk mencapai impian masing2...
menjadi tapak untuk memulakan langkah baru...hidup baru dengan azam yang baru...
semoga kita semua akan menjadi insan yang terbaik..
memajukan diri...
dan dalam masa yang sama bergerak seiring dengan syariat Islam..
insyaAllah...
miggu ni da start final exam...
doakan kami ya...
aduh...risau juga nih...
banyak lagi tak top-up lagi nih untuk exam...
kepada semua sahabat yang juga akan hadapi exam...
annabadi ucapkan selamat hadapi exam dengan tenang...
moga2 semuanya dapt berjalan dengan lancar...
dapat menjawab dengan sempurna...
amin...